Halaman

Rabu, 27 Mei 2015

Pinggan Persembahan

PINGGAN PERSEMBAHAN

Pinggan persembahan ini merupakan pinggan rekaan Sansui dari Dinasti Qing. Ia kemungkinan dari abad ke-17 iaitu semasa tempoh Kangxi (1662-1722). Keramik dalam tempoh Kangxi merupakan barangan terbaik semasa dinasti Qing. Pinggan persembahan biru dan putih ini mempunyai landskap yang menarik. Landskap ini menunjukkan gambar burung-burung berterbangan, dua buah pondok dan seorang ulama di dalamnya, gunung-gunung, seorang lelaki memancing di sungai, pelbagai tumbuh-tumbuhan dan seorang lelaki mengawal pintu gerbang.  
Porselin semasa Dinasti Ming dan Dinasti Qing telah dieksport ke Jepun, negara Asia, Eropah dan lain-lain. Ia sama sekali tidak digunakan oleh masyarakat Cina. Untuk menyasarkan pasaran Eropah, tukang Jingdezhen menghasilkan hiasan yang indah. Pinggan persembahan ini dikatakan dibuat untuk rakyat di kawasan Asia Barat yang duduk di atas lantai dan makan dengan menggunakan tangan dari pinggan itu. 
Porselin biru dan putih dari Dinasti Qing berbeza dengan Dinasti Ming atau dinasti yang lain. Keramik awal Dinasti Ming mempunyai motif yang berselerak, penuh dan megah. Semasa tempoh Yongle dan Xuande, warna biru dan putih mula berkembang. Keramik jenis ini dihiasi dengan motif yang berwarna biru pada latar putih. Warna biru diperoleh dari cobalt. Teknik yang digunakan lebih baik dan lebih halus. Porcelin dalam tempoh ini menggunakan pigmen asing, Sulimani untuk meningkatkan kualiti warna biru dan putih. 
Teknik baru dikembangkan untuk dekorasi porselin dinasti Qing. Antaranya ialah penciptaan berbagai glasir enamel tak tembus cahaya. Glasir enamel yang digunakan pada suhu tinggi berjaya menghasilkan tampilan yang lebih baik berbanding dinasti Ming. Dalam pertengahan Dinasti Ming, teknik yang digunakan hanya akan menghasilkan warna yang gelap dan terang. Dalam tempoh Kangxi, untuk mengubah warna gelap kepada terang, lima warna dalam bahan pewarna telah dicipta.






OFFERING PLATE

This offering plate is a plate design by Sansui in the Qing Dynasty. It is likely from the 17th century, namely during the Kangxi period (1662-1722). Kangxi period ceramics is best goods during the Qing dynasty. Blue and white offering plate  has an attractive landscape. This landscape shows a picture of the birds fly, two cottages and a scholar in it, the mountains, a man fishing in the river, various plants and the man controlling the gate.
Porcelain in the Ming Dynasty and Qing Dynasty have been exported to Japan, Asia, Europe and others. It is not used by the Chinese. To target the European market, Jingdezhen craftsmen produce beautiful decorations. The offering plate was said to be made for people in the West Asia region, which sits on the floor and eat with the hands of the plate.
Blue and white porcelain from the Qing Dynasty in contrast to the Ming Dynasty or another dynasty. The early Ming Dynasty ceramics with motifs scattered, full and magnificent. During the period of Yongle and Xuande, blue and white began to grow. This type of ceramics decorated with blue motifs on a white background. Obtained from cobalt blue. The technique used better and more refined. Porcelain during this period using foreign pigments, Sulimani to improve the quality of blue and white.

The new technique developed for the Qing dynasty porcelain decoration. Among them are the creation of opaque enamel glaze. Enamel glaze used at high temperatures managed to produce a better display than the Ming dynasty. In the middle of the Ming Dynasty, the techniques used will only result in a dark color and light. Kangxi period, to turn a dark color to a bright, five colors in the dye was invented.



Pinggan Persembahan (Offering Plate)




Pinggan Persembahan (Offering Plate)