Halaman

Isnin, 23 Mac 2015

Jalan Keretapi Maut

Jalan Keretapi Maut

Pada 15 Februari 1942, Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu sepenuhnya dalam Peperangan Dunia Kedua. Jepun mula merancang untuk meluaskan pengaruh mereka ke India. Untuk memudahkan perjalanan dan pengangkutan tentera Jepun dalam usaha menakluki Burma dan India, jalan keretapi  dibina dengan segera. Jalan keretapi itu adalah antara Thailand dan Burma. Panjang jalan keretapi yang dibina itu adalah 250 batu. 

Lebih kurang 61000 tawanan perang dan orang awam dibawa ke Thailand untuk membina Jalan Keretapi. Antaranya ialah tentera British, Belanda dan India yang dibawa dari Penjara Changi, Singapura dan selebihnya adalah buruh paksa yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Burma. Kerja pembinaan jalan keretapi sangat sukar dilaksanakan kerana terpaksa membelah bukit-bukau, meredah hutan yang tebal dan menimbus cerun yang dalam. 

Banyak masalah timbul sepanjang kerja pembinaan tersebut. Antaranya ialah bekalan makanan tidak mencukupi, penyakit berjangkit seperti malaria semakin berleluasa dan ubat-ubatan tidak mencukupi. Lebih 15000 buruh paksa telah mati semasa menjalankan kerja membina jalan keretapi tersebut. Hampir setiap 28 ela jalan yang dibina meragut nyawa seorang buruh. Oleh itu, jalan keretapi itu dikenali sebagai Keretapi Maut dan buruh-buruhnya dipanggil sebagai Buruh Paksa. Kerja pembinaan jalan keretapi itu terhenti apabila Jepun menyerah kalah dalam Peperangan Dunia Kedua pada tahun 1945.


Jalan Keretapi Maut



Rujukan: Muzium Perang Kelantan (Bank Kerapu)



_________________________________________________________________________________


Road Death Railway

On February 15, 1942, the Japanese conquered Malaya fully in the Second World War. Japan began planning to expand their influence into India. To facilitate travel and transport Japanese troops in an attempt to conquer Burma and India, railway built immediately. Road train was between Thailand and Burma. Long railway was built it was 250 miles.

Approximately 61,000 prisoners of war and civilians were taken to Thailand to build Railway. Among them were British soldiers, the Netherlands and India brought from Changi Prison in Singapore and the rest are forced laborers who were Malays, Chinese and Burmese. Work on the railway is very difficult to implement because had to divide the hills, through the dense forest and buried in the slope.

Many problems arise during the construction work. These include inadequate food supply, infectious diseases such as malaria is rampant and medicines are not sufficient. More than 15,000 forced laborers have died in the course of building the railway. Almost every road built 28 yards, killing a worker. Therefore, the railway known as the Death Railway and his workers called Forced Labor. Railway construction work was halted when the Japanese surrendered in World War II in 1945.


Road Death Railway


Reference: Kelantan War Museum (Bank Kerapu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan