Halaman

Memaparkan catatan dengan label Bank Kerapu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bank Kerapu. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mac 2015

Bank Kerapu

Bank Kerapu
Bangunan Bank Kerapu merupakan bangunan yang menempatkan  Memorial Peperangan Dunia Kedua dan Era Kelantan Moden. Ia didirikan pada tahun 1912 sebagai bank perdagangan. 

Pada zaman pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1941-1945, bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran  Polis Rahsia Jepun KEMPEI TAI. Bangunan ini juga turut dijadikan tempat soal siasat dan tempat kurungan bagi mereka yang disyaki melakukan kesalahan jenayah dan pengintipan di pihak British atau pihak Berikat.

Bangunan ini didirikan di atas tanah milik Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1900. Ia dijual kepada syarikat "The Mercantile Bank of India Ltd". Setelah bangunan baru Tanah Melayu didirikan (seperti sekarang), ia dijadikan bank yang terawal di Kelantan. Pada tahun 1977, pentadbiran bank ditukarkan kepada The Hong Kong & Shanghai Banking Corporation. 

Pada tahun 1981, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil alih bangunan tersebut dengan membayar pampasan dan menjadikannya sebagai Balai Seni Lukis. Pada tahun 1992, bangunan ini dijadikan Memorial Peperangan Dunia Kedua dan Era Pemerintahan Kelantan Moden.


Memorial Peperangan Dunia Kedua

Nama "Bank Kerapu" ialah nama gelaran oleh masyarakat tempatan berdasarkan bentuk dan keadaan simen luar bangunan yang berkerutu. "Kerapu" merupakan keadaan kulit manusia yang tidak licin.

Keadaan dinding Bank Kerapu (Memorial Peperangan Dunia Kedua)


_________________________________________________________________________________



The building of Bank Kerapu is a building that houses the Memorial of the Second World War and the Modern Era of Kelantan. It was founded in 1912 as a commercial bank.

In the reign of the Japanese army in 1941-1945, the building was used as the administrative center of the Japanese secret police Kempei Tai. The building is also used as a place of interrogation and solitary confinement for those who are suspected of committing a criminal offense and espionage on behalf of British or the Allies.

The building is erected on land owned by Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. He served as the Chief Minister of Kelantan in 1900. It was sold to the company "The Mercantile Bank of India Ltd". Once the new building of Malaya was established (like now), it made the first bank in Kelantan. In 1977, the administration of the bank changed to The Hong Kong & Shanghai Banking Corporation.

In 1981, the State Government has taken over the building to compensate and make it as Art Galleries. In 1992, the building was used as the Second World War Memorial and the Modern Era Kelantan Government.

World War II Memorial

The name "Bank Kerapu" was a nickname by local communities based on the shape and condition of the building which is corrugated cement. "Kerapu" is a human skin condition that is not slippery.

The wall condition of Bank Kerapu (Second World War Memorial)

Pengenalan (Introduction)


Bank Kerapu
Bank Kerapu merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terdapat di Kota Bharu, Kelantan. Bangunan bersejarah ini dibina pada tahun 1912. Ia merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan. Pada masa itu, ia dikenali sebagai "The Mercatile Bank of India Ltd".


Sejarah
Bank Kerapu merupakan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Ia dikenali sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunan ini disimen
dengan menggunakan batu-bata kecil. Ia menyebabkan permukaan bangunan itu tidak rata dan menggerutu. 

Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini dijadikan sebagai ibu pejabat Kempai Tai iaitu pejabat rahsia polis Jepun. Ia juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaan dan aktiviti-aktiviti keganasan mereka yang lain. Setelah Jepun menyerah kalah, Inggeris kembali memerintah Kelantan dan bangunan ini digunakan semula sebagai bank.

Pada tahun 1977, nama bank ini ditukarkan kepada "The Hong Kong & Shanghai Banking Corporation". Pada tahun 1981, bangunan ini dijadikan Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Kedua di Kelantan.

Bank Kerapu Kini
Bangunan bersejarah ini kini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia II. Ia memiliki dan mempamerkan lebih 1000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan iaitu gambar-gambar, artikel dan artifak. Ia juga turut mempamerkan foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan dan kehidupan rakyat British di Kelantan sebelum dan selepas perang.


Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Kerapu


_________________________________________________________________________________



Bank Kerapu
Bank Kerapu is a historic building which is located in Kota Bharu, Kelantan. This historic building was constructed in 1912. It is the first bank opened in Kelantan. At that time, it was known as "The Mercatile Bank of India Ltd".

History
Bank Kerapu is the first building in Kelantan using bricks. It is known as Bank Kerapu as part of this building cemented surface
using small bricks. It led to the building surface uneven and grumbling.

During World War II, the building was used as the headquarters of Kempai Tai, Japanese secret police station. It is also used as a prison, where the investigation, the abuse and the activities of their other violence. After Japan surrendered, the British returned ruled Kelantan and the building used as a bank.

In 1977, the bank's name was changed to "The Hong Kong & Shanghai Banking Corporation". In 1981, the building was used as Art Galleries and Handicrafts of Kelantan. Starting in 1992, the building was used as the Second World War Memorial in Kelantan.

The Current Bank Kerapu 
This historic building is now used as a Second World War Memorial. It owns and displays over 1000 exhibits related to the war of images, articles and artifacts. It also displays photos of Sultan Ismail Petra as Honorary Colonel of the Royal Regiment of Artillery Malaysia, Kelantan-Thai relations history before independence and life of the British people in Kelantan before and after the war.


Reference:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Kerapu